Monday 8 February 2010

Renungkan.............





Dunia hari ini semakin hari semakin maju..ditambah lagi dengan teknologi yang serba moden....namun begitu pernahkah kita tertanya-tanya "adakah imanku turut bertambah atau sebaliknya atau tidak berubah?"..wahai insan marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..

Memang telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran bahawa iman manusia boleh bertambah dan boleh berkurang...berbeza dengan iman para malaikat dan para rasul.....iman para malaikat sentiasa kekal dan iman para rasul sentiasa bertambah....wahai insan yang dikurniakan akal yang waras cuba muhasabah diri kita semua adakah kita tergolong antara golongan yang imannya sentiasa bertambah....InsyaAllah..Walau apapun ini semua bergantung kepada diri kita masing-masing....fikir-fikirkanlah...

Bicara Penantian..........



duhai kerlipan cinta
ku redah onak malam yang buta
mencari saki baki tangis yang ada tersirat sejutarasa
ku curah segala sesak di dada
ingin ku raih deru nafas yang redha

duhai kerlipan cinta
aku kerdil di ruang pencipta
mengharap maghfirahmu dalam tiap langkah pincangku
ku hadir bertamu dalam singgahsanaMu
ku hampar tadarru'ku
biarpun kau mengerti
ingin jua ku luahi
bahawa aku sentiasa menanti
bahawa aku sentiasa mencari
bahawa aku sentiasa khayali
maghfirah kepadamu dengan segenap
sudut kehinaan jiwa ini

duhai perindu segala rindu
ingin ku ketuk pintu cintaMu
ingin ku jadi kekasih hatiMu
ku mohon ku rayu ku ratap padaMu
janganlah kau reputi selendang rinduku
tahulah aku betapa lamanya waktu
yang mendera penantianku
andai pentas tadarru'ku
kau sisihkan kerna kedaifanku yang lalu
andai rasa tidak lagi bergelora 
mengertilah aku laut hatiku
telah kematian deru rahmatMu

ya tuhanku
inilah bicara penantianku
dalam menggapai halawatul cintaMu
bisikkanlah padaku ya tuhanku
bahwa kau juga mencintaiku
melalui tenangnya aku bersamaMu
melalui menggunung rindu padaMu
yang kau alirkan dalam jiwaku
yang harapnya sentiasa dalam dakapanMu
                           
Nukilan:Mohd Haris Mohd Nor



Thursday 4 February 2010

Rintihan hambamu Ya Allah



Manusia jenis apa aku ni,yang tidak pernah bersyukur kepadamu ya Allah......kenapalah susah sangat aku nak syukur kepadamu....aku lebih suka memberi pelbagai alasan semata-mata untuk menutup kesalahan yang telah aku lakukan kepadamu....aku lebih suka menasihati orang lain sedangkan diri aku sendiri belum lagi mulia disisimu....

Ya Allah,aku memohon kepadamu semoga kau bukakanlah pintu hatiku....Ya Allah aku tahu kesalahan yang aku buat itu adalah perkara yang ditegah olehmu tetapi imanku lemah ya Allah...aku cuba untuk melawan tetapi aku ditewaskan oleh syaitan laknatullah......Aku cuba untuk mendekati diriku kepadamu ya Allah...aku tahu aku hanya insan yang lemah dan hina yang mudah tertipu dengan hasutan duniawi....ya Allah engkau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku dan hindarkanlah diriku daripada gangguan syaitan sesungguhnya engkau Maha Berkuasa diseluruh alam......ya Allah aku insan yang kerdil ini meminta supaya aku dimatikan dengan kalimah 
LAA ILAA HAILLALLAH........sesungguhnya engkau Maha Mengetahui....yaa Allah aku amat memerlukan pertolonganmu untuk memikul amanah yang telah engkau beri....ya Allah angkau ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan sebelum ini.....sesungguhnya engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.........Amin

Wednesday 3 February 2010

Ragam Manusia


Kita dicipta oleh Allah dengan dikurniakan akal yang waras...Antara tanda kita bersyukur kepadanya adalah dengan menggunakan akal fikiran kita untuk perkara-perkara yang diredhai Allah..Walaupun begitu tidak ada seorang pun atas muka bumi ini yang diciptakan Allah sempurna kecuali kekasih Allah iaitu Rasulullah S.A.W.....Kita tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan dosa kepada Allah....

Rasulullah telah bersabda:

"setiap daripada anak Adam ini tidak terlepas daripada membuat kesalahan"

Kita renung balik kisah nabi Adam dan isterinnya,Hawa yang terpedaya oleh tipu daya syaitan sehinggakan Allah menurunkan Adam dan Hawa ke dunia.....melalui kisah ini boleh kita mengambil iktibar akan tipu daya syaitan laknatullah..Memang sudah menjadi lumrah manusia yang bersifat tamak iaitu tidak akan pernah rasa syukur kepada nikmat yang Allah berikan melainkan keimanan yang mantap yang dapat menghalangnya.....

Rasulullah pernah bersabda:

"jika manusia diberi dua buah gunung emas nescaya mereka minta gunung emas yang ketiga dan seterusnya"

Apa yang boleh kita lakukan ialah selalu beristighfar kepadanya dan perlu selalu ada rasa syukur kepadanya.....Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dari sehari ke sehari semakin bertambah amal ibadat kepada Allah biarpun dijanjikan syurga kepadanya....apatah lagi kita....kita yang sering melakukan dosa dan tidak tahu sama ada ke syurga ataupun ke neraka......wallahu a'lam.....semua itu bergantung kepada amal masing2....tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Berkuasa..........

Tuesday 2 February 2010

Renungan Hidup.........

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa kita tempuh walaupun pedih untuk diterima... 

Allah telah berfirman:

"telah aku uji hamba-hambaku dengan ujian yang sesuai dengannya"

yakni segala ujian yang Allah berikan kepada kita,boleh kita hadapi.....Walau apapun semuanya akan menjadi mudah sekiranya kita berbekalkan iman yang teguh terhadap Allah...Kalau kita lihat pada zaman khalifah terdahulu seperti zaman Rasulullah,Saidina Abu Bakar,Saidina Ali dan Saidina Usman begitu teguh imannya....jika dibandingkan dengan kita sekarang para khalifah lebih seratus kali ganda ujian yang diperoleh....Kalau kita renungkan imam2 besar terdahulu dan merupakan ulama' besar pada zaman terdahulu seperti imam Ahmad yang terpaksa menerima hukuman daripada pemerintah semata2 untuk menegakkan syariat Islam...Imam Ahmad tetap teguh imannya malahan makin bertambah lagi.....berbalik kepada hidup di dunia ini ana menyeru kepada diri ana sendiri dan antum semua supaya senantiasa berusaha mendapat halawatul iman sementara hidup di dunia ini......memanglah susah dengan keadaan dunia yang semakin kehadapan dan Islam semakin ke belakang ini...Namun kita perlu ingat tujuan kita hanya satu atas dunia ini iaitu mengabdikan diri kepada Allah.....bekerja,bercakap,makan,minum kerananya......semuanya kerana Allah Yang Maha Esa.....