Saturday, 1 February 2014

Generasi Y Malaysia boleh dan wajar goncang dunia

Ilmu itu luas, pelbagai cabang ilmu dan bidang yang boleh dan perlu diterokai oleh golongan muda. Jadikan usia muda ini waktu untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Luaskan skop pembacaan untuk memastikan ia ‘balance’ dan tidak taksub pada mana-mana pandangan dan idea. Menterjemahkan bacaan ke dalam bentuk penulisan dapat membantu proses perkembangan akal di samping mendidik masyarakat budaya membaca dan cinta kepada ilmu.


Budaya ilmu dan perbincangan ilmiah sepatutnya boleh dilakukan secara tidak formal. Perbincangan yang merangkumi aspek politik, agama dan akademik ini adalah kerana ia berkait rapat dengan generasi hari ini. Diskusi seperti ini amat penting kepada mahasiswa dalam memastikan mereka cakna dan faham isu yang berlaku di dalam negara pada hari ini. Saya sangat percaya bahawa pembentukan budaya cinta kepada ilmu dan tamadun ilmu boleh dibentuk melalui diskusi di kedai makan dan bukan terlalu fokus dalam dewan kuliah serta kelas semata-mata.


Falsafah pendidikan

Memetik ringkasan daripada tulisan Datuk Saifuddin Abdullah dalam bukunya “Memacu Transformasi”, beliau mencadangkan nisbah 70 peratus akademik dan 30 peratus kokurikulum dalam sistem pendidikan dan latihan (sekolah, IPT dan Institusi Kemahiran) bagi menggantikan nisbah 90:10 yang diamalkan sejak pertengahan tahun 2000 lagi. Saudara Anas menyanggah dan mencadangkan bahawa kita perlu keluar dari sistem sedia ada dan melihat contoh di luar serta meneroka pedagogi kritis seperti Freire.


Objektif Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembang potensi seseorang khususnya dalam konteks mahasiswa secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha yang berterusan seperti ini selaras dengan matlamat asal untuk melahirkan khalifah berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi impak yang positif terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan tanah air.


Masyarakat pada hari ni memperkecilkan skop pendidikan hanya kepada masuk kelas dan peperiksaan. Itulah yang menjadi isu sebenar kenapa mereka yang skor CGPA yang tinggi tetapi sebenarnya “they are nothing”. Ramai yang menjadi mangsa dan hamba kepada sistem pendidikan sekarang ini. Mereka seakan-akan tidak jelas akan matlamat yang sepatutnya dicapai oleh insan yang bergelar mahasiswa. Jika dilihat pada hari ini ramai graduan yang keluar berbekalkan sijil kelas pertama tetapi kualitinya kurang. Suka untuk saya memetik hasil kajian daripada Prof Goleman daripada Universiti Harvard.


Kajian beliau membahagikan soft skills dan hard skill (70:30). Hasil kajian beliau menunjukkan soft skills amat penting kepada diri seseorang dan jika dikaitkan dengan fakta yang mengatakan ramai graduan yang tiada kerja maka saya boleh katakan graduan tersebut kekurangan dan lemah soft skills. Oleh itu, saya berpendirian bahawa mahasiswa yang tidak menyertai atau kurang mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan, kemasyarakatan, aktivisme dan persatuan mereka akan gagal dan kurang keyakinan dalam menempuh era globalisasi. Aktiviti seperti ini mampu membentuk passion mahasiswa dan seterusnya meningkatkan kualiti serta daya pemikiran kritis generasi baharu.


Politik mahasiswa

Debat merupakan pendekatan paling efektif dalam memperkukuh pemikiran intelektual dan kritis. Wasilah ini dapat menghasilkan berkomunikasi dengan efektif, berfikiran kritikal dan memberi alasan atau jawapan yang bermoral. Saya melihat senario politik sekarang jauh daripada politik berlandaskan ilmu. Generasi muda hari ini amat dahagakan politik yang seimbang tanpa diskriminasi oleh mana-mana pihak.


Saya begitu muak dengan permainan politik lucah, fitnah dan rasis dan sangat mengimpikan politik yang bersandarkan hujah dan idea. Kalau seburuk inilah keadaannya, maka saya risau akan generasi baharu yang kerajaan harapkan untuk memimpin negara masa hadapan. Oleh itu, saya merasakan signifikan kepada mahasiswa untuk tahu dan jelas apa itu politik. “Political education” begitu penting kepada mahasiswa dalam memandu mereka beraksi dalam kancah politik sebenar. Gaya politik mahasiswa di kampus khususnya, memberi gambaran bahawa begitulah gaya politik tanah air untuk masa hadapan kerana generasi muda merupakan pemimpin masa depan.


Keterbukaan dan kebebasan dalam menerima maklumat adalah penting kepada mahasiswa untuk menilai. Bagaimanapun, saya yakin bahawa generasi pada hari ini mudah untuk menerima maklumat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta laman web. Saudara Anas memetik daripada T S Elliot, “Di manakah hilangnya ilmu di tengah-tengah bibit maklumat?”.


Namun selama pemerhatian, hanya sesetengah sahaja yang melakukan kajian dan faham akan maklumat yang diterima. Majoritinya hanya menerima bulat-bulat apa yang dibaca dan terus share kepada orang sekelilingnya. Generasi yang celik maklumat belum tentu celik politik kerana individu yang celik politik, mereka akan lakukan kajian dan mereka belajar dan terus belajar untuk memastikan maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak.


Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) memperlihatkan satu perubahan paradigma yang radikal oleh kerajaan. Pindaan seksyen 15 Auku, bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli politik tetapi berpolitik kepartian tidak dibenarkan di dalam kampus. Kalau dulu, Auku menyekat partisipasi secara langsung mahasiswa dalam politik partisan namun setelah dipinda sedikit sebanyak membuka ruang kepada mahasiswa untuk aktif berpolitik kepartian. Objektif pindaan Auku adalah untuk menegakkan hak mahasiswa berpolitik yang dijamin oleh Perlembagaan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam politik. Pindaan ini menunjukkan sedikit keterbukaan kerajaan dalam membenarkan partisipasi mahasiswa dalam politik. Namun begitu, pindaan Auku 2012 tidak memberi kesan yang besar kepada mahasiswa berbanding sebelum pindaan kerana pindaan yang dibuat tidak secara komprehensif.


Kalau Auku membelenggu mahasiswa di Universiti, Akta Institut-Institut Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) pula memberi kesan yang besar kepada rakan-rakan Institut Pendidikan Guru (IPG).


(a) Merujuk kepada Bahagian IV, Kesalahan-kesalahan, Seksyen 10 (1)

Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu institusi, boleh menjadi ahli politik atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam Malaysia, atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.


(b) Merujuk kepada Bahagian IV, Kesalahan-kesalahan, Seksyen 10 (3)

Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu Institusi, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditakrifkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.


Secara jelas, pelajar tidak dibenarkan untuk menjadi ahli mana-mana persatuan, parti politik, pertubuhan atau kumpulan sekalipun didaftarkan secara sah baik di dalam mahupun luar Malaysia. Saya berpandangan bahawa sekatan untuk pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam persatuan atau pertubuhan, menyekat potensi pelajar untuk menggilap bakat memimpin seterusnya soft skills pelajar susah untuk dibentuk. Beberapa rakan daripada IPG pernah mengadu bahawa mereka dihalang untuk aktif sebagaimana mahasiswa di Universiti. Hal ini memberi petanda yang kurang baik kepada negara kerana tugas guru adalah untuk menghasilkan modal insan kelas pertama. Kewujudan Akta 174 tidak dinafikan banyak baiknya dan juga tidak dinafikan ia memberi kesan yang negatif kepada perkembangan potensi dan bakat pelajar.


Harapan kepada Gen Y

Ramai dalam kalangan Ilmuan Islam terdahulu, sudah memimpin ummah ketika usia muda. Sebagaimana Hassan Al-Banna (1906-1949) merupakan anak muda yang berani menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada 1928 sehingga gerakan ini sangat terkenal pada abad ke-20 terutama generasi muda yang berpendidikan. Ikhwanul Muslimin terus menjadi tarikan terbesar kepada anak muda pada ketika itu walaupun ideologi barat seperti komunisme dan sosialisme sedang marak membakar idealisme kaum muda namun semakin ramai yang berbai’ah dengan Hassan Al-Banna.


Hassan Al-Banna membuktikan bahawa usia muda merupakan masa paling sesuai dan kemuncak untuk melakukan perubahan kepada masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Seperti ungkapan Anas Alam Faizli, setiap rumah perlu ada graduan dan graduan tersebut perlu menjadi ejen perubah kepada keluarga dan seterusnya negara. Beliau juga memetik daripada mukadimah oleh Ibnu Khaldun bagaimana pentingnya pendidikan dan inclusiveness kepada pendirian negara bangsa.


Waktu ini adalah paling sesuai untuk Gen Y sebagai pencetus dan ejen perubahan yang memberi impak yang positif kepada agama, bangsa dan negara.


Pengaruh orang muda amat kuat seperti mana pidato Sukarno, “Jika aku diberi 100 orang tua akan kugoncangkan sebuah gunung yang terdapat di Indonesia, manakala jika aku diberi 10 orang pemuda akan kugoncangkan dunia".


Sejarah menunjukkan ramai pemuda yang melakukan perubahan dan membantu kemenangan Islam. Generasi hari ini perlu bangkit untuk berjuang menegakkan keadilan dalam setiap chapter kehidupan, sosial, ekonomi dan agama. Asas utama dalam perubahan adalah ilmu dan idea dan ia memerlukan pembacaan yang pelbagai. Tidak perlu menyekat mana-mana idea atau pandangan kerana Gen Y berhak menilai yang mana salah atau betul. Kebangkitan anak muda berasaskan ilmu pengetahuan dan pelaksaanaan memberi signal bahawa negara kita akan lebih terjaga dan tersusun pada masa hadapan.

Monday, 30 December 2013

2014 tahun ‘sengsara’ rakyat – Ahmad Irfan Hani

Selang dua hari lagi, tahun 2013 semakin melabuhkan tirainya namun ia bukanlah sesuatu yang mampu menggembirakan hati rakyat pelbagai lapisan. Rakyat seolah-olah dihantui oleh suatu episod yang ngeri yang bakal menjelma pada tahun 2014. Tidak cukup dengan pelbagai sekatan terhadap rakyat termasuklah yang terbaru, sekatan terhadap akhbar The Heat.

Kebebasan dan hak bersuara rakyat dihalang malah akan menahan sesiapa pun jika didapati bercanggah dengan suara kerajaan. Demokrasi di Malaysia makin lesu dek kerana kebebasan bersuara disekat! Suara rakyat hanyalah menghiasi di ruangan kedai makan namun itu juga dipantau ketat oleh kerajaan. Sungguh pun begitu, semua itu hanyalah satu segmen daripada hidup rakyat.

Selepas tirai 2013 dilabuhkan, rakyat akan berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin kronik. Ya, pada saat ini rakyat sudah pun terkesan dengan kuasa beli yang jatuh merudum ditambah lagi harga barang semakin meningkat. Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan untuk menarik subsidi sebanyak ataupun rasionalisasi subsidi sebanyak RM0.20 terhadap harga minyak.

Pada ketika itu rakyat sekali lagi menerima beban oleh kerana minyak merupakan antara barangan asas dalam kehidupan. Mahu ataupun tidak, rakyat terpaksa akur dan mengikut sahaja tindakan kerajaan. Bantahan demi bantahan telah dibuat namun hanya pelaburan yang sia-sia.

Tahun 2014 merupakan tahun sengsara bagi rakyat Malaysia. Inflasi ialah suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Kadar inflasi yang dijangkakan akan melonjak naik kepada 3.5% hingga 4% (Consumer Price Index). Kesan inflasi menyebabkan reducing purchasing power atau penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. Namun ada yang memberi respons bahawa kerajaan tidak mampu menyekat kenaikan harga barang dalam keadaan ekonomi semasa sekarang. Saya mungkin boleh bersetuju dalam satu sudut tetapi isu yang di highlightkan oleh rakyat adalah soal cara perbelanjaan dan mengurus kewangan oleh kerajaan. Laporan Audit secara jelas menunjukkan tahap ketirisan, rasuah, keborosan, perbelanjaan secara berlebihan dan tidak cekap dalam mengurus kewangan negara.

Tun Dr Mahathir juga menyelar bahawa banyak yang dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.  Pendapatan negara meningkat dua kali anda dalam tempoh 10 tahun namun persoalannya di mana hasil itu pergi?

Mantan Perdana Menteri keempat mengatakan Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan. Beliau mengatakan kerajaan boleh menggunakan konsep cost down untuk mengurangkan pembaziran.

Menurut beliau lagi, “kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya.”

GST
Kalau ikut keadaan sekarang, kita dikenakan satu cukai yang dinamakan Sales and Services Tax (SST). Kerajaan mengenakan SST atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan kadar 10%. Namun menerusi bajet 2014, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan akan menggantikan SST dengan Goods and Services Tax (GST) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 6% yang akan berkuat kuasa pada April 2015.

Apa itu GST?
GST ataupun dikenali juga VAT diperkenalkan oleh Maurice Laure di Perancis pada tahun 1954 yang merupakan negara pertama menggunakan sistem GST. Ia adalah cukai yang dikenakan bagi setiap urus niaga (sebarang pertukaran barang atau perkhidmatan di antara dua pihak atau lebih sama ada melibatkan pertukaran wang atau pun tidak).

GST dikenakan kepada semua barangan  dan perkhidmatan kecuali yang disebut oleh kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan mengecualikan barang makanan asas seperti:

1. Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu dan belacan.

2. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

3. Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

4. Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih.

Dengan pelaksanaan GST, ia memberi kesan kepada 3 aspek utama iaitu skop, kos niaga dan inflasi. GST menghasilkan skop yang lebih besar berbanding dengan SST sehinggakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai walaupun kadar yang dinyatakan lebih rendah. Dalam pada itu, ia juga memberi kesan langsung kepada kos niaga kerana pengilang terpaksa mengadakan invois baru dengan mengupah firma akauntan untuk merekod.

Tahukah bahawa peniaga memerlukan perbelanjaan sebanyak RM15,000 setahun untuk melaksanakan sistem GST? Apabila hampir semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai  dan kos niaga meningkat, ia memberi kesan kepada peningkatan kadar inflasi dan harga sesuatu barang. Keadaan ini telah dibuktikan oleh negara-negara yang telah melaksanakan sistem GST.

Perbezaan di antara GST dan SST adalah GST dikenakan pada setiap peringkat manakala SST dikenakan hanya pada satu peringkat sahaja iaitu pengilang.

Kedua, GST dikenakan kepada setiap barangan dan perkhidmatan kecuali yang dinyatakan oleh kerajaan berbanding SST yang dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang dinyatakan oleh kerajaan.

Ketiga, kadar yang dikenakan terhadap GST ialah kadar standard iaitu 6% sebaliknya kadar yang dikenakan terhadap SST sebanyak 10%. Namun tidak dinafikan bahawa GST di antara  sistem cukai yang terbaik namun dengan keadaan ekonomi semasa di Malaysia sekarang, ia tidak sesuai. Rakyat bukan sahaja bangkang GST dilaksanakan tetapi juga dengan kadar awal ditetapkan sebanyak 6%.

TARIF ELEKTRIK
Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru sahaja mengisytiharkan keuntungan sebanyak RM4.46 bilion dalam laporan kewangan berakhir 2013 yang mana keuntungannya semakin meningkat daripada RM4.41 bilion pada tahun sebelumnya.

Sungguh aneh dan pelik kenapa dalam masa TNB mengaut keuntungan billion ringgit namun dalam masa yang sama tarif elektrik dinaikkan. Kenapakah kerajaan membiarkan sebegitu rupa ataupun ada perjanjian lain yang terpaksa dituruti sehingga rakyat yang terpaksa menerima beban.

Namun, kerajaan menjawab bahawa kenaikan tarif elektrik ini tidak melibatkan 4.6 juta isi rumah kerana kenaikan tarif tidak memberi kesan kepada golongan domestik disebabkan penggunaannya rendah.

TOL
Desas-desus mengatakan harga tol diramalkan akan naik antara 30 sen sehingga RM1 dan sebanyak 13 tol yang terlibat dalam semakan semula kadar tol. Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Wahib Omar mengesahkan kenaikan tol yang akan berlaku dalam tahun 2014 adalah disebabkan ia sebahagian daripada perjanjian konsesi yang dimeterai oleh kerajaan. 

Terdapat tiga syarikat besar yang memegang konsesi lebuh raya seperti PLUS, Prolintas dan Gamuda. Plus dan Prolintas dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan manakala Gamuda merupakan syarikat swasta namun terdapat juga agensi-agensi kerajaan sebagai pemegang saham.

Sebahagian besar pemegang konsesi lebuh raya terdiri daripada anak-anak syarikat milik kerajaan persekutuan. Kerajaan sepatutnya ada hak untuk campur tangan dan berunding semula demi kemaslahatan rakyat.

HARAPAN RAKYAT
Rakyat sudah cemuh dan hampa dengan segala kata-kata menteri yang langsung tidak merasai derita dan kepedihan rakyat. Cukuplah para menteri mengeluarkan statement yang langsung tidak masuk akal malah langsung tidak memberi solusi kepada kehidupan rakyat. Kerajaan selalu sebut bahawa peningkatan harga barang atau tarif elektrik tidak melibatkan semua lapisan namun tahukah kerajaan bahawa kenaikan itu memberi kesan kepada kenaikan kos pengeluaran.

Maknanya, syarikat-syarikat pengeluar terpaksa menanggung kos yang semakin tinggi dan dalam masa yang sama terpaksa menaikkan harga. Hal-hal seperti ini memberi kesan secara berderetan yang bermula dari pengilang sehinggalah isirumah.

Agak terkilan dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengatakan himpunan 31 Disember 2013 merupakan himpunan untuk menggulingkan kerajaan. Sebelum itu elok rasanya untuk kita rujuk semula apakah objektif asal perhimpunan ini yang mana bermotifkan membantah kenaikan kos sara hidup secara mendadak.

Sangat hairan dengan kerajaan yang seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Maka, tidak hairanlah kalau Tun Mahathir pernah menyebut, “jangan lama-lama memerintah, nanti akan lahir lebih ramai pemimpin yang bodoh”.

Ketika US berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 2011, Prof. Laurence Kotlikoff memberi amaran bahawa kedudukan fiskal Amerika terpaksa memilih di antara menjadi sebuah negara yang bankrup, menaikkan cukai atau memotong perbelanjaan.

Belajarlah daripada sikap tamak mereka yang berbelanja besar, defisit besar malah hutang semakin membesar seterusnya rakyat yang semakin sengsara. Menjual aset negara dan berniaga (securities mortgages) atas pajakan pembelian rumah kerajaan sememangnya langkah yang merugikan semua. Bak kata peribahasa Melayu, “tutup lubang, gali lubang” yang mana berhutang untuk membayar hutang, pokoknya masih berhutang.

Akhir kalam, kerajaan perlu kaji balik dengan keputusan untuk menaikkan tarif elektrik, mengenakan GST, menarik subsidi dan pengurusan kewangan negara perlulah cekap dan amanah. Masih ramai rakyat di luar sana yang tidak ada rumah dan tidak ada pendapatan tetap.

Pak-pak menteri perlu fikir apakah nasib golongan-golongan bawahan yang majoriti ini, untuk berhadapan dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup. Kerajaan tidak sepatutnya angkuh dengan sokongan 49% rakyat Malaysia dan tidak sepatutnya mengugut rakyat kerana makin kuat kerajaan menekan rakyat, makin kuat rakyat akan bangkit! – 30 Disember, 2013.

Saturday, 9 November 2013

TOLAK POLITIK FITNAH



Antara keadaan yang menyuburkan politik fitnah ialah apabila politik bersifat terlalu partisan. Politik ini, dalam apa pun jua keadaan, sesuatu pihak akan menyatakn pihaknya betul dan lawannya salah walaupun fakta dan realiti menyatakan sebaliknya. Keadaan ini mungkin menimbulkan keadaan dimana sesuatu yang betul dikatakan salah manakala sesuatu yang salah dikatakan betul.
Berpolitik seperti ini sebenarnya menguntungkan satu pihak sahaja. Satu pihak akan berusaha menjadi hero kepada pengikutnya yang sentiasa mempertahankan pihaknya.

Politik HIKMAH menolak gaya politik fitnah. Politik hikmah akan mencari titik persamaan atau persefahaman antara kumpulan. Apabila kepentingan rakyat marhaen yang menjadi lebih penting daripada kepentingan politik, maka segala ketidaksamaan tadi, dapat diatasi. Pendekatan secara HIKMAH iaitu dengan menyeru yang tidak sealiran dengannya dengan cara kebijaksanaan, dengan pengajaran dan contoh yang baik dan dengan pendebatan beserta hujah-hujah yang beraqal.

Transformasi politik kearah demokrasi yg lebih progresif dapat dicapai iaitu dengan menolak politik FITNAH dan membudayakan politik HIKMAH.

Tuesday, 22 October 2013

Budaya Debat Meningkatkan Tahap Intelektual


Aristotle merupakan orang pertama yg menulis tentang debat tetapi Socrates lebih awal menggunakan debat dalam menyoal para pelajarnya sehingga menimbulkan pendebatan. Kaedah ini dikenali "Soalan Socrates".

Debat merupakan pendekatan paling efektif untuk memperkukuhkan pemikiran intelektual dan kritis. Wasilah ini dapat menghasilkan berkomunikasi dgn efektif, berfikiran kritikal dan memberi alasan/jawapan yg bermoral.

~Kita bukan saja mahukan pemimpin yang boleh BEKERJA tetapi juga pandai BERHUJAH~

p/s: kebanyakan pak menteri yg takut berdebat, bukan debat tu xelok tapi depa tu xreti nk berhujah..nanti kalau depa berdebat jgk, terserlah kemunduran pemikiran.

Sunday, 20 October 2013

Anak Muda Harus Bangkit


Ilmu itu luas. Pelbagai ilmu dan bidang yang boleh dan perlu kita terokai. Jadikan usia muda ini waktu untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Luaskan skop pembacaan untuk memastikan ia 'balance' dan tak taksub pada mana-mana pandangan. Menterjemahkan bacaan ke dalam bentuk penulisan dapat membantu proses perkembangan akal disamping mendidik ummat, budaya membaca dan cinta kepada ilmu.

Ramai ilmuan Islam terdahulu sudah memimpin ummah pada usia muda. Bagaimana Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin Badan Akhlak di sekolah ketika usia 12 tahun. Pada usia, 23 Hassan al-Banna banyak melakukan kerja-kerja dakwah di sekitar Kaherah. Pada usia muda ini lah, Imam Hassan al-Banna menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin yang sekarang ini menjadi jemaah yang berpengaruh di dunia. Itulah kehebatan usia muda sekiranya kita gunakan nikmat waktu ini untuk kerja-kerja amar ma'ruf.

Ayuh generasi muda!!!

Pilihan Raya Kampus



PRK kali ini merupakan PRK yang ke-2 sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memperlihatkan satu perubahan paradigma yang radikal oleh kerajaan. Pindaan seksyen 15 AUKU, bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik tetapi berpolitik kepartian tidak dibenarkan didalam kampus.

Peratusan keluar mengundi bagi keseluruhan tidak sampai 75% dan masih terdapat beberapa IPTA dibawah 50% dan itu bukanlah angka yang baik. Apa yang menarik adalah, sejak PRK sesi 2001/2002 (pasca Reformasi '98) sehinggalah PRK sesi 2012/2013, UIAM, UM dan UKM dianggap berada dalam liga politik yang tersendiri. PRK lepas menyaksikan UIAM terpaksa melaksanakan semula pengundian akibat daripada kegagalan sistem pengundian secara online. Harap-harap PRK kali ini tidak berlaku blackout..

Namun, kumpulan mana yang menang dalam PRK tidaklah begitu penting tetapi yang lebih penting adalah "Political Education". Semua kerusi yang dipertandingkan perlu ada pertandingan dan isu-isu diketengahkan semasa berkempen. Adakah isu-isu sekitar dalam kampus, isu-isu nasional atau isu-isu dunia? Ini semua merupakan pendidikan politik yang penting kepada mahasiswa selaras dengan agenda untuk mencapai demokrasi yang lebih matang.

Sudah tiba masanya untuk diputuskan agar PRK dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa dan tidak lagi dilakukan oleh pentadbiran universiti. Supaya lebih konsisten dengan pindaan AUKU, beberapa akta yang berkaitan juga perlu dipinda bagi mempermudahkan atau mengurangkan karenah birokrasi dalam meluluskan program-program anjuran mahasiswa. Nak pinda, pinda secara komprehensif.

Monday, 17 June 2013

KAHWIN MUDA?

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu dan orang yg soleh dari kalangan hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA keran Allah swt Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui"

Rasulullah SAW bersabda,

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yg berAGAMA, engkau akan selamat".


Dua dalil di atas cukup menerangkan bahawa agama ISLAM menyeru umatnya untuk berkahwin setelah tiba masanya. Namun persoalannya adalah, adakah aku dah bersedia?Apakah bentuk persediaan tersebut?

Perlu kita faham maqasid sebenar perkahwinan. Pasangan perlu fahami tuntutan keatas talian suci keranaNYA. Perkahwinan bukan perkara kecil dan main-main. Ramai yang tewas sehinggakan terpaksa berpisah/bercerai kerana buntu mencari jalan penyelesaian. Apabila disebut perkahwinan, tanggungjawab yang besar menanti pasangan. Tanggungjawab yang wajib dilaksanakan tetapi ramai yg tewas disebabkan kurang memahami tuntutan tanggunjawab keatas perkahwinan.

Ada persoalan yang diajukan kepada ana, iaitu kahwin awal ke tak?
Bagi ana, persoalan ni bergantung kepada individu. Secara peribadi ana ada pendapat sendiri dan mungkin boleh dikongsikan kepada ikhwah dan akhawat semua.

1)TANGGUNGJAWAB
Sebelum kita memikirkan soal bila nak kawen, ajukan soalan tanggungjawab sebagai suami/isteri kepada diri kita sendiri. Adakah kita betul-betul faham dan jelas akan amanah yang akan kita pikul. Menjadi seorang suami misalnya, bukan soal yang mudah kerana lelaki itu pemimpin bagi orang perempuan. Apa-apa kesalahan yang isteri buat, suami yang akan menanggung dosa. Apakah kita dah bersedia jiwa dan raga untuk memimpin isteri ke syurga.

2)EKONOMI
Sebagaimana kita maklum, ramai pasangan dalam Malaysia bercerai disebabkan ekonomi tidak kukuh. Yes, sebelum berkahwin mungkin pasangan yang hangat bercinta kata, takpalah duit tak cukup asalkan kita kahwin. INGAT, sebelum kahwin dan selepas kahwin banyak perbezaan, yang busuk jadi wangi, jangan tertipu dengan mainan syaitan. Bagi individu yang bergelar pelajar, mereka perlu mencari inisiatif pendapatan tambahan. Mungkin dengan cara berniaga kecil-kecilan. Sebelum bernikah lagi, perlu ada sifat suka menabung. Asasnya, kita perlu yakin kepada Allah bahawa setiap yang kita lakukan kerana Allah, inshaAllah Allah permudahkan urusan kita.

3)KEPERCAYAAN
Kita perlu ingat bahawa kita masih di alam pengajian. Namun itu bukan penghalang untuk kita berkahwin. Oleh itu soal kepercayaan amat penting terhadap ibu bapa. Macamana nak bagi parents kita percaya?
Setiap kerja buat kita, perlu tunjukkan bahawa kita pandai berdikari. Kita boleh menguruskan sendiri ekonomi, pakaian, sosial dan tanggjungwab sebagai anak. Namun perkara ni bukan sebagai lakonan tetapi nak menunjukkan bahawa kita betul-betul bersungguh nak kawen.

4)ILMU
Bagi ana, perkara paling penting antara semua adalah ILMU. Tanpa ilmu, ramai yang berbalah, bercerai berai tetapi dengan ilmu, wang RM10 tu banyak. Apabila dipersoalkan tentang ilmu, ia luas. Ilmu bagaimana kita nak uruskan rumah tangga, ilmu bagaimana kita nak uruskan duit, ilmu bagaimana nak selesaikan pertelingkahan dan sebagainya. Tanpa ilmu, pasangan yang baru berkahwin hanya melihat kepada keseronokkan malah ada yang melihat perkahwinan itu sebagi alat untuk melepaskan nafsu sahaja. Sekiranya inilah mentaliti kita, amat jauhlah untuk mencapai Halawatul perkahwinan mengikut Shariah. So, sama ada suami atau isteri wajib menuntut ilmu yang secukupnya sebagai persediaan ke alam perkahwinan. Ya memang ilmu itu tidak akan habis untuk dituntut, namun belajarlah ilmu yang prioritinya lebih sebagai seorang suami/isteri

Ramai pasangan yang hangat bercinta respon apabila ditanya kawen lah muda, senang. Kebanyakan mereka menjawab "alah nanti la dulu, takda duit. Nanti nak bagi isteri makan pasir?". Wah tau pulak macamtu, yang kamu berpegang tangan, dating dan berdua-duaan tu, nak makan api neraka ke? Sebab itulah kita sebagai anak dan ibubapa perlu permudahkan perkahwinan apabila sampai masanya. Bagi ana, soal duit bukan menjadi masalah yang utama kerana sekiranya perancangan kita betul inshaAllah tiada masalah. Bagi RM1 pun dah cukup kepada isteri asalkan suami dan isteri saling memahami lebih lebih lagi yang masih belajar. Apabila dah berkahwin parents tetap bagi kita duit macam biasa dan sebab itulah perbincangan dalam keluarga amat penting supaya semua pihak faham akan tuntutan perkahwinan mengikut ISLAM. Alah kalau kita hidup sorang-sorang pon duit kita banyak dihabiskan kepada tengok wayangm, beli itu dan ini. So, kurangkanlah perbelanjaan kearah sesuatu yang kurang manfaat, belanja duit tu kearah keperluan. Apabila bajet suami dan istri disatukan, inshaAllah cukup bagi pasangan yang diredhai dan diberkati Allah.


Sunday, 25 November 2012

Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?



Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.

Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).


Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.


1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.

- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.


- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.


- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).


Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.


Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.


Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.


Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.


"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"


IKRAM Mesir 2012

Sumber : Prof Madya Dr Haji Hafidzi Mohd Nor

Thursday, 24 May 2012

Cinta Dan Sahabat


Pakar Cinta ingin berkongsi nasihat Imam Al-Syafie dalam memilih sahabat, dan ingin mengaitkan nasihat-nasihat beliau dengan apa yang sering berlaku sekarang, apabila percintaan berlaku sesama sahabat baik.





Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:


“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”


Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia..


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:


“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”


Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.


Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.









Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati,


dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN.


Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.


Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI.


Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.


Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”









Pakar Cinta: Dalam persahabatan, akan wujud juga rasa cinta, yang selalunya terjadi apabila bersahabat antara lelaki dan wanita. Perasaan CINTA yang hadir apabila kita terlalu rapat bersahabat, dan kadang-kadang kita hanya bertepuk sebelah tangan, kerana CINTA itu, hanya kita sahaja yang rasa, tidak pula dirasa oleh sahabat kita. Baginya perasaan yang ada hanyalah sekadar kasih sayang sebagai sahabat.


Kita berbicara lagi dari hati ke hati namun bicara kita bukan berkisar tentang sahabat ianya tentang hati kita, nampaknya hati kita telah membawa kita dari haluan yang berlainan, sepatutnya kita tidak melayan apa yang telah kita rasai, jangan sia-siakan persahabatan kita hanya sekadar hati kita telah bersemi bibit-bibit cinta. Jangan korbankan persahabatan kita hanya kerana kita telah jatuh cinta kerna cinta sahabat lebih baik dari cinta seorang kekasih..

*copied from http://pakarcinta.com/

Sunday, 19 February 2012

Kenapa Baca Kalau Xpaham AL-QURAN



Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

...
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’


Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.


‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.
See more

Tuesday, 17 January 2012

Ukhuwah Dalam Organisasi Dakwah

Pada abad ini umat Islam begitu ramai di setiap pelosok dunia. Ramai diantara kita yang bersifat individualistik atau mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana Ukhuwah Islamiyah  semakin pudar dalam diri kita kerana diselami dengan sifat-sifat jahiliyah. Bahkan yang paling sedih lagi apabila dalam kalangan umat Islam sendiri berlaku perbalahan dan perpecahan lantaran lunturnya Ukhuwah Islamiyah.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah :

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah”
Ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat. Ia diikat oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya. 



Dalam organisasi dakwah, ukhuwah adalah aset penting dalam bergerak. Ia merupakan landasan menuju ke arah keberhasilan sesuatu matlamat. Bagi mereka yang menghayati ukhuwah,mereka tidak mementingkan diri dan ego masing-masing. Ukhuwah lahir kekuatan daripada kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling tinggi ialah “al-ithar’, iaitu mengutamakan saudaranya lebih daripada diri sendiri. Walaupun diri yang hina ini belum sampai pada darjat itu sekurang-kurangnya kita berada pada landasan yang menuju kearahnya. Bagi golongan dalam sesuatu organisasi itu amat mementingkan ukhuwah tanpa memperkecilkannya  maka kukuhlah organisasi tersebut.

firman Allah S.W.T. dalam kitab suci Al-Quran: 

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.” 
“Dan hendaklah terdapat di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” 
Surah Ali ‘Imran: 103-104
Asy-Syahid Sayyid Qutb mentafsirkan ayat diatas bahawa tonggak Ummah Islamiyyah ialah:
1. Al-I’tisam Bi Hablillahi - berpegang teguh dengan tali (din) Allah S.W.T.
2. La Tafarraqu - Jangan berpecah belah 
Organisasi itu dapat menimbulkan rasa kasih sayang sesama kita dan tolong menolong antara satu sama lain ketika kita diperlukan oleh saudara kita,maka kitalah menjadi penolongnya.
Dari Abu Malik al-Asy’ari ra.  berkata, Sesungguhnya, Rasulullah saw. bersabda:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah ada beberapa orang yang bukan  daripada para nabi dan syuhada, tetapi para nabi dan syuhada menginginkan kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada mereka. 
“Para sahabat bertanya,:
“Wahai Rasulullah, kabarkanlah kepada kami, siapakah mereka itu?” 
Rasulullah saw. bersabda,:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, bukan karena hubungan kekerabatan diantara mereka. Juga bukan karena harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah mereka adalah (seperti) cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak merasa takut tatkala manusia ketakutan dan tidak bersedih hati tatkala manusia bersdih hati. 
Kemudian Rasulullah saw. membaca (ayat), 
“Ingatlah, sesungguhnya, wali-wali Allah itu, tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.’” (Yunus:62)” H.R Ahmad:5/343 
Ukhuwah bukan sahaja ditimbulkan dalam pelbagai program malah perlu dilahirkan dalam kehidupan seharian kita.Ta'ruf adalah proses yang boleh melahirkan ukhuwah. Oleh itu, perbanyakkanlahprogram informal yang boleh mempertingkatkan ta'ruf. Nasihat-menasihati adalah satu tuntutan ukhuwah.
Pada saat inilah kita perlu merenungi sejenak, adakah kita betul-betul bergerak dalam satu organisasi?Adakah kita menuju kearah matlamat untuk mencari keredhaan Allah? Sesungguhnya inilah saat yang paling sesuai untuk kita menyemai ukhuwah antara kita. Yang jauh kita rapatkan dan yang rapat kita rapatkan lagi. Sekiranya kita berjaya meningkatkan ukhuwah dalam organisasi kita akan merasakan nikmat dan harmoni dalam menyebarkan dakwah Islam.
#Segala yang salah itu janganlah diikuti dan segala yang antum semua rasa bermanfaat ambiklah untuk kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama memperbaiki apa yang kurang dan tidak ada pada diri kita. Membincangkan soal ukhuwah amat luas dan insyaAllah jikalau ada ruang dan peluang saya akan update berkaitan dengan tahap-tahap untuk mencapai ukhuwah.......ASSALAMUALAIKUM

















Monday, 16 January 2012

Segala puji-pujian hanya layak kepada Allah azza wajalla, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.


Trend atau suasana yang semakin membimbangkan umat Islam ketika ini adalah sikap yang susah untuk bangun pada waktu pagi.Gaya hidup seperti ini menyebabkan ramai yang meninggalkan solat subuh.

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan subuh .
Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan .

Al-Isra' – 78

sabda Rasulullah : 

" Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari

Sesungguhnya hikamah Allah dalam sesuatu urusan mempunyai 1001 kebaikan kepada kita tanpa disedari atau tidak disedari.Tidak ada apa yang dapat kita nafikan melainkan ia membawa kebaikan kepada kita.Berpatah balik apa yang telah kita bincangkan diatas adalah hikmah bangun pagi membawa banyak kebaikan kepada kita.Ia diumpakan sebagai kejayaan yang gilang-gemilang.

Jika kita lihat umat Islam masa lampau mereka amat menitikberatkan soal tidur awal dan bangun awal pada waktu pagi agar mereka dapat melakukan ibadah seterusnya bekerja pada awal pagi dengan sihat dan aman.
Sebagaimana kekasih Allah, Nabi Muhamad S.A.W. tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi. Baginda hanya tidur 4 jam sehari yang sekadar merehatkan badan bagi melaksanakan ibadah dengan sempurna.

" Bangunlah di malam hari , kecuali sedikit, "
Al-Muzammil - 2

 

Kajian sains berkaitan dengan bangun awal pagi :

  1. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
  2. Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  3. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
  4. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  5. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan




















Sunday, 15 January 2012

Syurga atau Neraka??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah syukur kita kepada hadrat ilahi kerana Allah masih mengekalkan lagi kepada kita nikmat Iman dan Islam yang menjadi kunci ke syurga.



sedar tak sedar kita dah separuh bulan mendiami tahun 2012,umur pun semakin meningkat.Pada ruangan ini saya bukan berbincang perihal tahun 2012.Apa yang akan saya hebahkan ialah satu video yang telah menarik perhatian saya ketika ini.Video tersebut menyiarkan seorang Ustaz yang terkenal dalam tv ALHIJRAH iaitu Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid).Apa yang menarik perhatian ialah tajuk yang disampaikan begitu tersentuh hati.Pertama kali klik video beliau berjaya menjatuhkan air mata saya dan menginsafkan diri ini yang sangat jahil.Saya gagal melaksanakan tugas sebagai anak sekiranya ibubapa saya meninggal dunia pada saat ini.






Wahai hamba Allah yang masih bergelar anak..
marilah kita sama-sama mesempurnakan tugas kita sebagai anak
jadilah anak yang seperti mana diutarakan dalam video diatas
sekiranya belum dapat menjadi seperti yang dinyatakan
sama-samalah kita belajar dan belajar
insyaAllah dengan niat kita untuk membakti kepada kedua-dua ibubapa
semoga Allah memberkati dan meredhai hidup kita selamanya

Wahai hamba Allah yang bergelar ibubapa
jagalah anak-anakmu yang diamanahkan Allah 
sesungguhnya antum semua lah yang mencorakkan putih hitam
berilah mereka Ilmu Agama yakni ISLAM
nescaya kamu akan bahagia didunia dan diakhirat










Thursday, 12 January 2012

Trauma!!

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Wednesday, 1 June 2011

Kehidupan

Saat ini aku berfikir apakah tujuan aku hidup???
stiap hari aku mencari hiburan agar aku sentiasa hidup dalam keadaan enjoy walhal aku lupa akan Maha Esa yan g patut diutamakan..

Rutin harian aku hampir sama setiap hari
bangun tidur+solat+makan+lepak+networking+dengar lagu+mesej
huhhhh....apelahh yang aku buat ni...kebanyakannya xde manfaat pon...kalau ada pon just 30 percent..
arghhhh...aku ingat kalau aku lakukan semua ni hati aku akan tenang tapi sebaliknya...pelbagai masalah aku hadapi....

kenapa dengan aku ni?
hidup nak enjoy jee...belajar malas,ini malas itu malas dan semuanya malas...makan je rajin..
aku xtau sampai bila aku akan jadi mcm n tp aku berharap dan berdoa sgt kpd yang Maha Esa agar aku sentiasa patuh kepada suruhannya..

aku bersyukur sangat pada saat ini aku masih sedar akan kesalahan dan kealpaan aku selama ini..aku tahu diri aku banyak kelemahan...aku lemah pada godaan syaitan..tapi aku pandai cakap je walhal diri aku tetap je same,xde perubahan...aku harap suatu saat nati aku dapat berubah kepada kebaikan walaupun sedikit demi sedikit...

p/s:Dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dalam setiap saat perlu kita fikirkan akan akibatnya samada baik dan buruk...memang susah untuk melakukan kebaikan tetapi kita perlu sedar yang diri kita ini tak mampu untuk menampung dosa-dosa yang telah kita lakukan..kita juga tidak tahu bila ajal kita akan datang...untuk peringatan saya dan kawan2 semua

Wednesday, 25 May 2011

Selawat Pelindung Diri



tawassalna bi bismillah

wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]

ya allah
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lahu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah




"Kami bertawassul dengan nama ALLAH dan

dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang
yang arif mengenai ALLAH dan ahli ALLAH,
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.......
Dengan perantaraan kaum yang
mulia,
cahaya hidayah,
dengan perantaraan amalan kebaikan
mereka,
kami selamat dari setiap malapetaka dengan
kekuatanMu,
ya ALLAH"

p/s:setiap kali ana dengar zikir ni hati ana akan jadi tenang.InsyaAllah dengan     
      ruang yang kita ada marilah kita sama-sama mendengar akannya...

Wednesday, 18 May 2011

while blogwalking tadi saya terjumpa lagu istakharah cinta.mmg xpnh dgr pon sbelum n..dgr punya dgr da 3 kali ulang..hahaha.means best gak lar layan lagu n...jom kita dgr bersama-sama...:))



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa


Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Di istikharah cinta
Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta

Artis : Sigma
Album : Istikharah Cinta

Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar - Scripters

Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar - Scripters

Tuesday, 17 May 2011

Telefon Kertas Telefon Masa Depan?



Dengan dunia yang kini tertumpu kepada peranti yang semakin nipis dari hari ke hari.

Kini beberapa orang pengkaji dari Queen University Kanada memperlihatkan salah satu teknologi baru, yang mana dipanggil oleh mereka sebagai komputer kertas, dan melalui demo ringkas, mereka memperlihatkan telefon kertas yang berfungsi.

Melalui telefon kertas tersebut, mereka memperlihatkan beberapa fungsi termasuk membuat panggilan, memainkan lagu dan sebagainya, yang mana turut sama boleh dikawal dengan menggunakan kaedah melipat dan sebagainya.



Ianya juga diperkatakan yang mana apabila tidak digunakan, telefon kertas tersebut tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik.
Dengan hampir kebanyakkan pembangun mula membangunkan telefon pintar yang semakin nipis dari hari ke hari, mungkin kita akan melihat teknologi ini dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.
Sama-sama kita nantikannya.