Saturday 9 October 2010

Alhamdulillah syukur kepada hadrat ilahi kerana membuka pintu hati ana untuk update blog yang serba kekurangan ini.Agak lama blog ini terkubur seolah-olah tidak ada tuan.Apakan daya ana hanyalah seorang hamba Allah yang sangat lemah dan hina.Semakin hari semakin bertambah dosa yang dilakukan.Inilah manusia!!hanya pandai merungut akan dosa-dosa yang dilakukan tetapi apakah taubat penyelesaiannya.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"sebaik-baik manusia melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat kepada Allah"

Pernahkah kita terfikir bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosa kita bagaikan buih di laut.Sebenar-benar taubat ialah berhenti terus daripada melakukan kesilapan lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.Tetapi kita seperti meringan-ringankan taubat.Malam kita bertaubat tetapi pada esoknya kita mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.Tiada penghujungmya.adakah maut yang akan menjadi noktahnya.adakah cukup amalan-amalan baik untuk dipersembahkan kepada yang Maha Esa.Renung-renungkanlah wahai saudaraku akan kehidupan kita seharian.

Cukuplah untuk sekilas kata pada saat ini dan ana hanyalah manusia yang sangat dhaif dan semoga peringatan sesama kita ini mendapat redhallah dan Rasulullah S.A.W pernah bersabda dan mafhumnya:

"sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"

No comments:

Post a Comment