WAHAI MUSLIMAH
Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama
Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di
sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap
kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di
premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para
pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa
jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan,
tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan
didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang
ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz
ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya
adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan
denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam
satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis
yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion
telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun
kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz
ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat
mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di
syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat
bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang,
Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis
tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau
Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari
tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la
hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu
terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah
dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau
Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya
sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,
lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni
pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya
bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat
syurga.. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang
ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused,
ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan
hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka
apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak
perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan
jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan
mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde
siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam
ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz
mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa
awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk
berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya,
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak
No comments:
Post a Comment