Thursday, 20 January 2011

Seloka : Cinta Di Mata Remaja


[B]Apa nak jadi dengan manusia,[/B]

[B]semua benda nak kongsi bersama,[/B]

[B]air segelas minum berdua,[/B] [B][/B]

[B]konon setia katanya.[/B]

Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.                                  

[B]Inilah bahana orang bercinta,[/B]

[B]bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.[/B]

[B]Inilah sekarang punya remaja,[/B]

[B]maaf andai terkasar bahasa,[/B]

[B]bukan mengutuk bukan mengata,[/B]

[B]semuanya realiti benar belaka.[/B]

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

[B]Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,[/B]

[B]untuk buat suka-suka,[/B]

[B]untuk seronok-seronok saja.[/B]

Ada yang kata cinta itu,

[B]C  - cinta[/B]

[B]I  - itu[/B]

[B]N - nikmati[/B]

[B]T - tubuh[/B]

[B]A - anda[/B]

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

[B]Muda-muda dah gatal nak bercinta,[/B]

[B]konon dah cukup remaja,[/B]

[B]tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,[/B]

[B]dah tak tau nak cakap apa,[/B]

[B]kalau ditegur bukannya nak dengar kata,[/B]

[B]bila nasihat ada-ada saja jawapannya..[/B]

[B]darah muda... macam tu la gayanya...[/B]

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

[B]Bila dah bercinta...[/B]

[B]Bila dah bercinta macam2 ragamnya,[/B]

[B]sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,[/B]

[B]itulah kata-kata manis si dia.[/B]

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

[B]Mula-mula bercinta semua cantik di mata,[/B]

[B]yang panas pun sejuk katanya.[/B]

[B]Manusia manusia...[/B]

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

[B]Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,[/B]

[B]cinta takkan dapat kalau tak diberi...[/B]

[B]Betul ke?[/B]

[B]Sukar untuk aku percaya...[/B]

[B]Tapi inilah hakikatnya.[/B]

[I][B]Mind is the greatest gift,[/B][/I]

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...

No comments:

Post a Comment