Monday 8 February 2010

Bicara Penantian..........



duhai kerlipan cinta
ku redah onak malam yang buta
mencari saki baki tangis yang ada tersirat sejutarasa
ku curah segala sesak di dada
ingin ku raih deru nafas yang redha

duhai kerlipan cinta
aku kerdil di ruang pencipta
mengharap maghfirahmu dalam tiap langkah pincangku
ku hadir bertamu dalam singgahsanaMu
ku hampar tadarru'ku
biarpun kau mengerti
ingin jua ku luahi
bahawa aku sentiasa menanti
bahawa aku sentiasa mencari
bahawa aku sentiasa khayali
maghfirah kepadamu dengan segenap
sudut kehinaan jiwa ini

duhai perindu segala rindu
ingin ku ketuk pintu cintaMu
ingin ku jadi kekasih hatiMu
ku mohon ku rayu ku ratap padaMu
janganlah kau reputi selendang rinduku
tahulah aku betapa lamanya waktu
yang mendera penantianku
andai pentas tadarru'ku
kau sisihkan kerna kedaifanku yang lalu
andai rasa tidak lagi bergelora 
mengertilah aku laut hatiku
telah kematian deru rahmatMu

ya tuhanku
inilah bicara penantianku
dalam menggapai halawatul cintaMu
bisikkanlah padaku ya tuhanku
bahwa kau juga mencintaiku
melalui tenangnya aku bersamaMu
melalui menggunung rindu padaMu
yang kau alirkan dalam jiwaku
yang harapnya sentiasa dalam dakapanMu
                           
Nukilan:Mohd Haris Mohd Nor



No comments:

Post a Comment