Wednesday 3 February 2010

Ragam Manusia


Kita dicipta oleh Allah dengan dikurniakan akal yang waras...Antara tanda kita bersyukur kepadanya adalah dengan menggunakan akal fikiran kita untuk perkara-perkara yang diredhai Allah..Walaupun begitu tidak ada seorang pun atas muka bumi ini yang diciptakan Allah sempurna kecuali kekasih Allah iaitu Rasulullah S.A.W.....Kita tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan dosa kepada Allah....

Rasulullah telah bersabda:

"setiap daripada anak Adam ini tidak terlepas daripada membuat kesalahan"

Kita renung balik kisah nabi Adam dan isterinnya,Hawa yang terpedaya oleh tipu daya syaitan sehinggakan Allah menurunkan Adam dan Hawa ke dunia.....melalui kisah ini boleh kita mengambil iktibar akan tipu daya syaitan laknatullah..Memang sudah menjadi lumrah manusia yang bersifat tamak iaitu tidak akan pernah rasa syukur kepada nikmat yang Allah berikan melainkan keimanan yang mantap yang dapat menghalangnya.....

Rasulullah pernah bersabda:

"jika manusia diberi dua buah gunung emas nescaya mereka minta gunung emas yang ketiga dan seterusnya"

Apa yang boleh kita lakukan ialah selalu beristighfar kepadanya dan perlu selalu ada rasa syukur kepadanya.....Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dari sehari ke sehari semakin bertambah amal ibadat kepada Allah biarpun dijanjikan syurga kepadanya....apatah lagi kita....kita yang sering melakukan dosa dan tidak tahu sama ada ke syurga ataupun ke neraka......wallahu a'lam.....semua itu bergantung kepada amal masing2....tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Berkuasa..........

No comments:

Post a Comment